Friday, September 24, 2010

Contoh Pemarkahan

(a) “…diramalkan pada masa akan datang, masalah pekerjaan akan menjadi punca kemiskinan di Bandar kerana globalisasi ekonomi. Hanya pekerja berkelayakan dan kemahiran yang akan diserap dalam sektor guna tenaga. Kemiskinan di Bandar lebih banyak membawa kesan neagtif kepada penghuninya berbanding dengan kemiskinan yang dialami oleh penghuni di luar Bandar. Kemiskinan Bandar membawa kesan secara langsung kepada kanak-kanak dan remaja…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Kemiskinan dan Kesan Psikologi’

Dewan Ekonomi, mac 2008)

(i) Bagaimanakah globalisasi ekonomi menjadi punca Kemiskinan di Bandar?

Globalisasi ekonomi menjadi punca kemiskinan di Bandar kerana persaingan itu menyebabkan hanya pekerja yang berkelaykan dan berkemahiran akan ditawarkan peluang pekerjaan. (2 markah)

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan-kesan kemiskinan di Bandar kepada kanak-kanak dan remaja.

Kesan-kesannya kepada mereka ialah terdapat kanak-kanak dan remaja yang terlibat dengan jenayah seperti mencuri hanya kerana ingin menampung kehidupan daif mereka. Selain itu terdapat segelintir daripada mereka mengalami kesan psikologi yang buruk seperti sentiasa berasa rendah diri kerana ibu bapa atau penjaga mereka tidak mampu menyediakan keperluan asas kepada mereka.

Isi = 2

Huraian = 4

Bahasa = 2

Monday, August 23, 2010

Pengenalan

Bahagian C merupakan bahagian yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dalam kertas 2 Pengajian Am STPM. Bahagian ini terdiri daripada soalan 5 dan soalan 6. Pelajar perlu menjawab kedua-dua soalan. Walau bagaimanapun, bagi setiap soalan, pelajar dikehendaki memilih sama ada menjawab bahagian (a) atau (b). Setiap soalan ini pula mengandungi dua soalan, iaitu (i) dan (ii). Pelajar perlu menjawab kedua-dua soalan ini.

Soalan bahagian ini mencakupi soalan laras sastera dan laras sains. Soalan bahagian ini disediakan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap petikan teks ringkas yang diberkan kepada calon. Biasanya petikan yang diberikan adalah antara 30-50 patah perkataan. Pelajar dikehendaki membaca petikan tersebut dan menjawab dua soalan yang dikemukakan.

Soalan (i) memerlukan jawapan yang ringkas dan tepat. Ayat yang ditulis dipanggil "Satu Ayat" iaitu sebaris ayat yang hanya mempunyai satu titik noktah.

Soalan (ii) pula memerlukan pelajar menulis jawapan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.